Al-Hijamah @ Bekam (fashd)
Hijamah @ Bekam telah wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Juga dikenali dengan nama canduk, canthuk, kop, cupping, mambakan dan pelbagai lagi. Al-hajmu bererti pekerjaan membekam. Al-hijmu bererti menghisap atau menyedut. Dan Al-hijamah pula membawa erti bekam dan fashd. Fashd bererti mengeluarkan darah dari tubuh. Maka definasi umumnya berbekam membawa maksud mengeluarkan udara panas atau negetif beserta darah kotor dari lapisan bawah kulit untuk mendapat kesembuhan tanpa perlu melakukan pembedahan dan menggunakan ubat yang terkawal. Melalui bekam juga dapat merawat 72 jenis penyakit.
Bermulanya perubatan kaedah al-hijamah bekam dalam islam sewaktu baginda rasulullah isra'-mikraj. Ilmu perubatan al-hijamah bekam adalah ilmu wahyu yang diturunkan kepada baginda rasulullah s.a.w sewaktu di isra'kan. Ini diperkuatkan dengan hadis:-
Dalam riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi:
"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, 'Wahai Muhammad, perintahkanlah umat kamu agar berbekam!'". (Shahibu Al-Jami':5671)
Tirmizi meriwayatkan dalam sunannya dari Ibnu Mas'ud yang berkata:
"Rasulullah s.a.w suatu ketika bercerita tentang malam ketika baginda diisra'kan, bahawa baginda tidak berlalu pada satu kumpulan Malaikat pun kecuali mereka menyuruh baginda dengan mengatakan, 'Perintahkanlah umat kamu agar berbekam!". (Hadith hasan ghorib, At-Thibb, 1977)

Falsafah Kami
Diriwayatkan melalui Jabir r.a bahawa rasulullah bersabda:
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah s.w.t". (Hz.Muslim).
Dari Abu Qatadah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda:
"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam".
(Hr. Ibnu Jarir dalam Tahdzibu 'I-Atsar, para perawinya tsiqah)